Showing posts with label ALFALFA. Show all posts
Showing posts with label ALFALFA. Show all posts

Sunday, May 13, 2012

Rawat Keputihan Dengan ALFALFA

Apa itu keputihan?

Keputihan atau lelehan lendir yang keluar dari faraj wanita ada pelbagai sifatnya dan berbeza di antara seorang wanita dengan yang lain.Keputihan biasanya berwarna jernih atau kelabu keputihan. Lazimnya, jika keputihan tiada berubah warna kekuningan atau kehijauan bermakna tiada jangkitan.

Penyebab Keputihan
Keputihan atau lendir faraj berubah akibat perubahan hormon, perubahan mental, jangkitan, ubatan, penyakit dalaman. Wanita mempunyai kitaran haid yang dipengaruhi oleh hormon.Keadaan stres mental juga boleh mengakibatkan perubahan hormon dan mengakibatkan keputihan berlebihan.Begitu juga dengan penyakit dalaman seperti penyakit kencing manis, tiroid juga mengakibat ketidakseimbangan hormon dan cenderung kepada penyakit.

Petua Mudah Merawat Keputihan:
  1.  Ambil secekak pucuk pegaga dengan akarnya sekali dan bersihkan.Kemudian anda rebuslah pucuk pegaga tadi bersama 2 gelas air bersih.Masukkan sedikit garam kedalam air rebusan itu.Setelah mendidih ,biarkan ia sehingga sejuk.Apabila air rebusan telahpun sejuk,anda tapislah air rebusan itu.Minum air tersebut 2 kali sehari.Amalkan sehingga masalah keputihan dan rasa gatal itu sembuh.
  2. Ambil 12 helai daun sireh dan bersihkanya.Kemudian anda sediakan 1 liter air suam.Ramas kesemua daun sireh tadi bersama-sama air suam tadi.Tapislah air tersebut.Gunakan air tapisan untuk mencuci bahagian alat sulit anda.Selain dapat menghilangkan rasa gatal dan bau, petua ini juga dapat merapatkan kembali bahagian alat sulit wanita.Lakukan sehingga anda dapat mengatasi masalah keputihan yang dialami.
Selain daripada petua di atas Shaklee juga mempunyai penawar untuk merawat keputiha. Jawapan nya ialah ALFALFA SHAKLEE. Jom ikuti testimoni di bawah di ambil daripada blog sifu saya:genkimomma.net



Testimoni sebenar dari Puan Lizar, bagaimana Alfalfa Shaklee membantu merawat masalah KEPUTIHAN:

"Alhamdulillah setelah saya mencuba set trial yang untuk sebulan tu, keputihan saya dah x ade! Serius!!! Selalunya kalau saya pakai pantyliner daripada pagi, tengahari mesti dah penuh kesan keputihan tu tapi kali ni daripada pagi sampai petang, pantyliner saya bersih! Ya Allah rasa macam tak percaya. Saya tunjuk dengan suami, suami tersenyum je. Kalau dulu nak tidur pun saya terpaksa pakai pantyliner, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah... Tak sia-sia saya mencuba. Saya tak malu nak berkongsi kegembiraan dengan semua orang. Dulu ader.. sekarang tidak lagi....Hehe.Terima kasih Shaklee..." -Puan Lizar.

Hubungi kami untuk mendapatkan all-time-favourite, hot-selling product ini! Jadual pemakanan yang betul + konsultasi percuma berterusan akan kami berikan.

Tips:
Alfalfa bukan sahaja merawat keputihan, malah membantu memberi kepuasan di dalam hubungan suami isteri. Selain itu juga Alfalfa merupakan satu alternatif bagi sesiapa yang berminat untuk menurunkan berat badan

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Berminat: Hubungi saya melalui email sha_za01@yahoo.com atau Call/SMS 0196553812-Iza




Testimoni Pengguna HERB-LAX

Lagi testimoni pengguna yang gembira dengan hasil suplement SHAKLEE


Sudah ramai yang berpuas hati dengan hasil herb-lax, alfalfa dan Lecithin. Jom lihat sekilas fakta tentang ketiga-tiga vitamin di atas:

Lecthin
  • Mengandungi dan menyediakan asid lemak penting.
  • Mengandungi Kolin dan Inositol untuk ransangan urat (neuron otak).
  • Menolong pengeluaran lemak dari sel. Penting untuk program mengurangkan berat badan.
Alfafa
  • RAJA SEGALA TUMBUHAN.Sumber mikronutrion yang paling kaya – membuatkan sistem badan berjalan lancar.  Sebagai milk booster — bagi ibu yang menyusukan anak.Membantu dalam hal kewanitaan termasuklah menyelesaikan masalah keputihan.
Herb-Lax
  • Untuk Detox yang mana membantu untuk mengeluarkan segala toksik yang tidak di perlukan di dalam badan. Amat di galakkan pengambilannya sebelum mencuba mana-mana suplement supaya nutrient senang di serap oleh badan. 

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Berminat: Hubungi saya melalui email sha_za01@yahoo.com atau SMS/CALL 0196553812 -Iza





Sunday, May 6, 2012

ALFALFA DAN MILK BOOSTER

Ramai ibu yang tidak lagi menggunakan halba atau fenugreek sebagai milk booster, terutama apabila si suami mula menegur bau badan isterinya kurang enak. Ditambah apabila si ibu mendapati anaknya tidak serasi dengan susubadan setelah si ibu mula consume halba.

Ramai yang memilih jalan singkat dengan menukar kepada Alfalfa dan Energizing Soy Protien untuk dapatkan hasil yang lumayan dan segera namun akhirnya ibu itu mengalah kerana tidak mampu mengatasi masalah tekanan dari luar disebabkan faktor bebanan kerja serta keletihan yang melampau.

Mengapa alfalfa dikatakan milk booster sebenarnya?

Ini kerana Alfalfa mengandungi sumber protien dan kalsium serta galian lain yang diperlukan oleh tubuh si ibu untuk menghasilkan susuibu. Namun kandungan protien dan kalsium yang terdapat di dalam alfalfa adalah pada takat minima sedangkan ibu yang menyusu memerlukan protien dan kalsium yang lebih memandangkan ia diperlukan oleh tubuh ibu sendiri untuk membina darah dan memastikan ketumpatan tulang disamping keperluan penghasilan susuibu demi perkembangan dan pembesaran anak yang dikandung ataupun disusukan.

Namun tidak dinafikan, pengambilan Alfalfa adalah tidak digalakkan untuk diteruskan oleh ibu menyusu sekiranya ia memberi kemudaratan pada bayi terutama apabila mendapati bayi cirit birit, ruam kulit, serta ibu mempunyai masalah tidak lawas membuang air besar. Maka pilihan lain bagi ibu yang tidak serasi mengambil alfalfa adalah pengambilan kalsium yang mencukupi disamping pemakanan harian diet yang kaya dengan protien.

Tahukah anda?

Protien

Tahukah anda komposisi utama dalam susuibu adalah protien diikuti oleh kalsium serta vitamin dan zat galian yang lain? semasa menyusu keperluan protien meningkat. Jika anda kurang mengambil makanan daripada jenis protien, ini akan menjejaskan penghasilan susuibu. Protien tambahan boleh didapati dari susu, produk tenusu, telur, daging, ikan, ayam , kacang dan bijiran serta kekacang. Bagi yang mahu mengambil supplement, pastikan anda mengambil protien yang ditulis sebagai non GMO soy kerana struktur genetik soya tidak diubah dan ianya selamat untuk jangka panjang.

Kalsium

Ramai yang memendang remeh tentang pengambilan kalsium. Kalsium hakikatnya bukan sahaja penting ketika hamil, malah sangat diperlukan ketika menyusukan bayi. Hal ini kerana pada 6 bulan yang pertama, bayi bergantung sepenuhnya pada susuibu. Kalsium diperlukan untuk menghasilkan susu. Oleh yang demikian, tambahan 1000mg kalsium diperlukan.

Maka, sangat digalakkan jika si ibu meminum sekurang-kurangnya 500ml susu [ kaedah paling senang sukat] atau apa-apa produk tenusu bagi memenuhi keperluan kalsium. Sekiranya anda mengambil supplement kalsium, pastikan ianya mengandungi magnesium serta vitamin D agar penyerapan yang baik berlaku dalam badan. Kalsium tablet yang tidak mengandungi kandungan magnesium mahupun vitamin D boleh memberi risiko batu karang di dalam buah pinggang.
Cubalah Ostematrix Shaklee! Anda akan rasa perbezaannya!!!!

Vitamin

Di samping itu, ibu yang menyusu memerlukan penjagaan makanan yang seimbang yang mana pengambilan vitamin dan garam mineral lain turut perlu dititikberatkan sebagai contoh vitamin A (biasa terdapat dalam beta carotene), zat besi, folik asid, vitamin C, B complex demi memastikan keseimbangan kesihatan si ibu, susuibu yang dihasilkan dan ia turut membantu dalam penghasilan susuibu.

Air

Elemen ini sangat penting dalam diet ibu yang menyusukan anaknya. Badan memerlukan cecair yang secukupnya. Oleh kerana itu ibu menyusu perlu minum air secukupnya. Minumlah berkadaran agar tidak menjejaskan tugas harian. Kita mempunyai 24 jam sehari...maka minumlah dengan istiqamah. Air sangat penting untuk penyerapan vitamin oleh tubuh.

*Artikel kredit: AnakkuWiraku.com

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Berminat: Hubungi saya melalui email sha_Za01@yahoo.com atau sms/call 0196553812-Iza 

ALFALFA DAN KHASIATNYA

Alfalfa adalah tumbuhan yang jarang diperkatakan. Mungkin kerana ia bukan berasal dari negara kita. Alfalfa sebenarnya sejenis tumbuhan/herba yang sagat kaya dengan nutrisi.

Khasiat Alfalfa boleh digunapakai untuk simptom berikut:

Bengkak, sakit sendi, arthritis, ulser, penyakit perut, masalah kolon, sakit ulu hati, hernia, sembab air, tiada selera makan, bengkak buku lali dan kaki, sinus, alahan, hayfever, gout, bau badan, kaki busuk, nafas berbau, serta tujuan detoksifikasi.

Alfalfa adalah semulajadi, antihistamin, diuretik, membantu penghadaman , kaya denganserat dan klorofil, kaya dengan mineral, baik untuk pesakit kencing manis, merendahkan kolestrol, dan anti-tumor dan anti-bakteria.

Vitamin yang ditemui dalam Alfalfa:

Vitamin A – untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.

Vitamin E – melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran dan matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot; memperbaiki fungsi imun; menguatkan otot di dalam badan; membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah; membantu fokus mata.

Vitamin U – menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.

Vitamin B6 – membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; membantu mengurangkan loya.

Vitamin K – penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.

Vitamin D – mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlu kanuntuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.

MINERAL yang ditemui dalam Alfalfa:

Kalsium – membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, melegakan saraf.

Zat Besi – diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.

Kalium – perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk digests lemak.

Fosforus – diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.

Klorin (klorida) – elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.

Sodium – mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.

Silikon Magnesium – membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.

Lain-lain KEISTIMEWAAN Alfalfa:

Kaya dengan protein – 18.9% berbanding daging lembu ,3.3% berbanding susu dan 13.1% berbanding telur. (Otot terdiri protein dan kurang protein menyebabkan keletihan dan kelesuan) –> membantu dalam penyusuan ibu

Akar alfalfa yang dalam mencari mineral penting dalam tanah, yang tidak kesampaian oleh tumbuh-tumbuhan lain.

Alfalfa adalah milk booster yang sekian lama digunakan di benua Amerika.

Namun, tidak semua alfalfa adalah sama, alfalfa yang didapati di supermarket adalah alfalfa sprout (biji cambah). Alfalfa lain mungkin ditanam dengan kaedah yang tak mementingkan teknologi hijau. Alfalfa Shaklee diperbuat dari daun alfalfa bermutu tinggi yang ditanam di California, USA – ditanam tanpa pertisid, racun kulat, bacteriosides, hormon sintetik dan bahan kimia.

*Kredit kepada Vitamin Semulajadi.
Dapatkan alfalfa terbaik hanya dari Shaklee.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

BERMINAT:Hubungi saya melalui email sha_za01@yahoo.com atau sms/call 0196553812-Iza