Showing posts with label BREASTFEEDING SET. Show all posts
Showing posts with label BREASTFEEDING SET. Show all posts

Monday, May 14, 2012

4 Set Penyusuan Shaklee Yang Hangat

Buat panduan ibu dan bapa baru, yang masih mencari-cari, atau keliru untuk memilih set vitamin penyusuan mana yang sesuai dengan ibu dan bayi. Berikut saya senaraikan 4 set vitamin untuk penyusuan yang benar-benar mempunyai permintaan yang sangat tinggi daripada customer saya.
*Set BreastFeeding Tripple M
- Set Vitamin lengkap untuk penyususan yang paling popular!!!*

Empat set itu ialah:

1. Set B (Vitamin Asas Penyusuan dengan Alfalfa)

* Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Alfalfa
* Sesuai untuk ibu yang TIDAK mempunyai masalah penyusuan
* Tujuan utama mengambil supplement ialah untuk memperkayakan nurisi dalam susu ibu
* Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat
* Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
* Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema, set ini dapat membantu
* Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan / berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit cirit dengan alfalfa.

2. Set Eu Four Pack (Vitamin Asas Penyusuan dengan Kalsium)

* Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Kalsium
* Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)
* Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat.
* Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu dan alah kepada laktose.
* Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
* Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk saraf, pembentukan tulang dan gigi.

3. Set E (Set Penyusuan dengan Alfalfa dan Kalsium)

* Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, Kalsium dan Alfalfa
* Set ini memberi kesan yang tidak kurang bagusnya kerana kandungan Alfalfa yang mempunyai khasiat protien di dalamnya.

4. Set Tripple M (Set Penyusuan B, Lengkap dengan Kalsium dan ESP) - highly recommended!

* Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin C, Kalsium, Alfalfa dan ESP.
* Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan.
* Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari. Maka, set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik.
* Set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit (kurang EBM stock!).
* Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan stok ini adalah pilihan yang tepat
* Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation -contohnya ibu telah berhentikan menyusui anak, jika mengamalkan set ini, bersedia untuk pam dengan kerap bagi stimulasi susu, bersama2 tips yang saya bagi, insyaAllah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu kuat berusaha.

Perjalanan penyusuan dua tahun ini menuntut ibu menyusu secara kerap atau pam secara konsisten dan melengkapkan tubuhnya dengan zat dan nutrisi yang boleh diperolehi melalui pemakanan yang sihat.

Namun berapa ramai ibu-ibu hari ni yang betul-betul menjaga pemakanan yang berkhasiat? Apa yang ibu makan, itulah yang disalurkan kepada anak melalui susu ibu. Supplement sangat membantu mengisi ruang kosong dalam tubuh ibu terutama bagi yang mempunyai kekangan untuk amalkan pemakanan mengikut piramid makanan yang disarankan.

Buat renungan bersama....

” Syarikat susu formula saling berlumba untuk menghasilkan susu yang kaya dengan pelbagai formula namun sedarkah kita ianya tidak mampu untuk menandingi susuibu, anugerah terbaik buat si manja? Tidakkah kita juga mahu berikan yang terbaik buat si manja kita?”.

Kredit to:anakkuwiraku dan genkimomma

Dapatkan konsultasi berterusan untuk sebarang kemusykilan berkenaan pengambilan suplement Shaklee jika anda membeli daripada saya sebagai Shaklee Independent Distributor.

Berminat: Hubungi saya melalu email sha_za01@yahoo.com atau sms/call 0196553812-Iza

Tuesday, March 27, 2012

DAH MAKAN SUPLEMENT TAPI KENAPA SUSU TAK BANYAK ???

"Saya dah makan vitamin nie seminggu, tapi susu biasa-biasa jer. Bila nak nampak hasil nie?"

"Saya dapati lepas ambil vitamin susu saya kuning pekat, tapi kuantiti lebih kurang dari sebelumnya. Bila saya stop vitamin 2-3 hari, esoknya tengok susu banyak semula. Saya tak serasi dengan vitamin Shaklee ya?"

"Lepas makan vitamin nie mata saya ngantuk jerrr. Kadang-kadang pening kepala. Memang camtu ehh?"

Memang ada beberapa kes di mana si ibu dapati supplements seolah-olah tidak memberi apa-apa kesan terhadap penyusuan, walaupun, dalam masa yang sama mereka akui badan lebih rasa bertenaga dan mood lebih ceria.

Jom kita kaji satu persatu mengapakah keadaan ini berlaku...

KES SATU:
Selepas mengambil vitamin, mata mudah mengantuk dan badan letih.

Golongan ini adalah golongan yang KURANG MINUM AIR ATAS ALASAN MALAS KE TANDAS. Jika ini berlaku pada anda, better jangan amik supplement kerana pengambilan supplement memerlukan banyak air demi penyerapan yang baik oleh badan manusia. Jika pengambilan biasa bagi kita ialah 2 liter air. Keadaan ini hanya sesuai jika kita tidak mengambil apa2 supplement.

Namun bagi pengamal supplement, pengambilan air perlu banyak demi menyahtoksik dari badan serta melancarkan penyerapan nutrien oleh badan. Pengambilan air juga membantu meningkatkan keperluan oksigen oleh tubuh. Badan akan mudah letih kerana kepekatan darah dan jantung memerlukan banyak tenaga untuk mengepam.

Maka kesimpulannya: kes pertama ini ialah kerana kekurangan air yang kritikal.

KES KEDUA :
Pengambilan supplement membuatkan susu saya PEKAT tetapi kurang dari segi kuantiti.

Ini adalah kesan normal bagi mereka yang baru dengan supplement. Pengambilan supplement memerlukan pengambilan air yang sekata dan banyak. Seperti yang kita sedia maklum setiap badan adalah tidak sama.

Ada orang yang makan sekaligus pada waktu pagi bersamaan dengan 5 biji contohnya. Si ibu ini akan mendapati susunya pada perahan jam 10am dan 1pm adalah pekat dan sedikit in term of kuantiti. Namun kuantiti susu perahannya akan back to normal selepas jam 5 pm dan perahan berikutnya.

Mengapa ianya terjadi?
Ini kerana kepekatan darah adalah dikemuncak antara waktu jam 10 pagi sehingga jam 2pm. Mungkin waktu ini si ibu kurang minum air. Namun selepas jam 2 pm si ibu mula minum semula pada kadar yang lebih seimbang.

Bagaimana nak mengatasi masalah ini?
Jika kalian adalah ibu yang mempunyai masalah dalam kes KEDUA ini apa yang boleh di sarankan ialah, selepas makan pagi, amik mana-mana 2 jenis vitamin dalam set B. Manakala bakinya diambil selepas makan tengahari. Ini akan membantu keseimbangan air di dalam badan dan dapat mengurangkan kepekatan darah yang tertumpu pada sesetengah masa.

Memang jika ada yang bertanya, pada waktu bilakah terbaik untuk mengambil vitamin, jawapannya ialah pada waktu malam kerana sel badan akan rejuvenate sewaktu kita sedang tidur. Namun, perlu sentiasa pastikan pengambilan air adalah sekurang2nya 2 liter sebelum tidur. Amalan ini hendaklah diteruskan walaupun sudah tidak menyusu lagi.

KES KETIGA
Tiada perubahan langsung!

Setiap apa yang terjadi mesti ada sebab dan musabab namun berapa ramai antara kita yang melakukan MUHASABAH atas segala yang terjadi dalam kehidupan sehariannya?

Ada satu kes ydi mana si ibu ini tidak mendapat apa2 manfaat langsung dari pengambilan vitamin (sebenarnya ada, tapi tak dapat diukur dari mata kasar, yakni bukan dari segi peningkatan kuantiti susu!). Setelah ditanya dan diselidiki, rupa-rupanya si ibu ini adalah golongan peminum kopi yang tegar. Sehari mesti minum 3 cawan kopi kerana padanya kopi membantu diirinya menjadi cergas dan kurang mengantuk. TANPA disedarinya pengambilan kopi itulah yang memusnahkan vitamin yang sedia ada dalam badannya. Maka pengambilan supplement tidak akan memberi impak apa2 ke atas dirinya kerana vitamin banyak musnah disebabkan pengambilan kafein tadi.

Tidak kurang juga si ibu yang tidak mendapat manfaat kebaikan vitamin kerana tiada sikap istiqamah dan sabar. Sedangkan inilah yang dituntut dalam agama untuk berjaya dunia dan akhirat. Disiplin sangat penting dalam menjayakan istiqamah.

Bagi kalian yang mempunyai kemusykilan tentang vitamin bolehlah hubungi saya di sha_za01@yahoo.com ataupon SMS ke 019-6553812

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

* Source : Anakku Wiraku
* Sharing By : Genkimomma

SET PENYUSUAN

Sejujurnya, jika anda pergi sendiri ke mana-mana cawangan Shaklee se-Malaysia, dan terus meminta breastfeeding set, kemungkinan besar mereka akan termangu sebentar. Jika anda lihat di tawaran Shaklee Total Wellness Connection pon, anda tidak akan menjumpai set penyusuan.

Namun, mengapakah kami beriya-iya berkongsi dan mempromosikan set penyusuan Shaklee kepada anda, termasuklah pakej percubaan 30 hari (Shaklee 30 days Trial Pack)?

Jawapannya...

Kami mungkin bukan bergelar LC (Lactation Councelor), mahupon PC (Peer Councelor), tapi, kami juga ibu menyusu (6 bulan eksklusif susu ibu, seterusnya penyusuan penuh susu ibu sehingga bayi berusia 2 tahun) seperti anda! Melalui pengalaman kami yang sekelumit ini, dan melalui pembacaan dan rujukan, kami yakin dan berani kongsikannya dengan anda. Bukan sekadar omongan kosong.

Sebelum itu, 2 kunci utama yang anda perlu ingat ialah :

(1) Supplements BUKAN ubat. Supplements BUKAN milk booster.
Supplements ialah pemakanan tambahan, yakni makanan kepada sel badan.

(2) Konsep "demand vs supply" dalam menjayakan penyusuan. Semakin kerap anda kosongkan payudara, samaada melalui penyususan terus kepada bayi atau perahan (pumping), semakin banyaklah susu anda. Supplements hanyalah "pembantu" kepada proses "demand vs supply" ini.

Dah clear? (^_-)

Ok, jom tengok apakah set supplements Shaklee yang kami cadangkan (dan kami sendiri amalkan) untuk menjayakan penyususan bayi nie...

(1) Alfalfa Set (Basic).
  • Vita-Lea Iron fortified
  • B-Complex
  • Vitamin-C
  • Alfalfa
30 days Trial Pack Alfalfa set : rm80 (lihat Trial Pack B)
Full Pack Alfalfa set : rm241

(2) Alfalfa Set with OsteMatrix (Shaklee Cal-Mag).
  • Vita-Lea Iron fortified.
  • B-Complex
  • Vitamin-C
  • Alfalfa
  • OsteMatrix
30 days Trial Pack OsteMatrix set : rm140 (lihat Trial Pack E)
Full Pack OsteMatrix set : rm290


(3) Alfalfa Set with Energizing Soy Protein (ESP).
  • Vita-Lea Iron fortified.
  • B-Complex
  • Vitamin-C
  • Alfalfa
  • Energizing Soy Protein (ESP)
30 days Trial Pack Alfalfa set with ESP : rm211
Full Pack Alfalfa set with ESP : rm362


(4) Alfalfa Set, with Protein and Performance Drink.
  • Vita-Lea Iron fortified.
  • B-Complex
  • Vitamin-C
  • Alfalfa
  • Energizing Soy Protein (ESP)
  • Performance Drink
30 days Trial Pack Alfalfa set with ESP & Performance Drink : rm277
Full Pack Alfalfa set with ESP & Performance Drink : rm428


* Rangkaian supplements Shaklee untuk set penyusuan *

Nota : Ini sekadar cadangan. Anda juga boleh menambah vitamin lain seperti OmegaGuard, yang boleh membantu meningkatkan kandungan DHA di dalam kandungan susu ibu, selain dari membantu kawal paras kolesterol dalam badan si ibu. Harga OmegaGuard (Shaklee Fish Oil) ialah rm109 (90 caps).

So, feel free to ask me about your favourite custome-pack set! ;)

Mengapakah kami cadangkan set yang terdiri daripada supplements di atas?

Vita-Lea Iron fortified (multivitamin) :
Lengkap dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi.

Ada kajian mengatakan, kandungan zat besi dalam susu ibu akan berkurangan selepas 6 bulan pertama menyusu bayi, dan ibu juga digalakkan menambah ikan bilis (salah satu sumber zat besi) ke dalam makanan pertama si comel. Maka, pengambilan vita-lea iron fortified ini membantu si anak memebesar dengan baik.

B-Complex :
Penting bagi ubat saraf, menukarkan makanan kepada tenaga (bantu turunkan berat badan!), memberi tenaga pada si ibu, menenangkan saraf, mengelakkan stress, serta membantu ibu sentiasa berfikir positif. Bila ibu gembira, penghasilan susu ibu lebih mudah, kan?

Vitamin-C :
Antihistamine semulajadi, meningkatkan antibodi dalam susu ibu. Jika si ibu atau si anak demam, anda hanya perlu tingkatkan pengambilan vit-C ke 2 biji sehari. Mungkin tak perlukan ubat demam. Kadangkala, bila pumping ataupon di gigit oleh anak, puting akan mudah terluka, maka, luka akan cepat baik, selain dari kulit makin bersih, cerah & cantik.

Alfalfa :
Mempunyai 1001 khasiat, dan antaranya sebagai penggalak susu. Dalam penyususan, alafalfa membantu memekatkan susu di mana ia akan menambahkan jumlah lemak di dalam susu ibu. Maka, susu ibu lebih lemak berkrim! Selain itu, ibu akan jadi lebih lawas (bantu turunkan berat badan!), dan bantu buang angin dalam badan. Bayi anda akan kurang kolik (angin dalam badan).

Energizing Soy Protein (ESP) :
Seperti namanya - ia memberi tenaga, bantu melancarkan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama. Kalau lapar-lapar tue, sebagai alternatif kepada makanan ringan, boleh laa minum segelas ESP.

Manakala, untuk bayi, anda akan dapati berat badan bayi bertambah dengan kadar yang memberansangkan, penuh muscle gitu.

Performance Drink :
Memberi & kekalkan tenaga, mengelakkan ibu dehidrasi, dan sangat membantu ibu berpuasa sambil menyusu. Jika ada sesiapa di antara ahli keluarga anda yang demam, berikan segelas Performance Drink kepadanya. Insya Allah, badan tidak akan dehidrasi, dan rasa lebih bertenaga walaupun demam.

Oste-Matrix :
Shaklee Kalsium-Magnesium yang dilengkapi dengan Vitamin D dan lain-lain. Kalsium sangat penting bukan saja untuk ibu menyusu malah untuk semua wanita, kerana kita mudah mendapat osteoporosis apabila meningkat usia kelak.

Bilangan kalsium dalam darah akan berkurangan apabila si ibu di datangi haid. Maka, bagi sesetengah ibu yang mendapati susunya merudum tatkala period, digalakkan untuk mengambil Cal-Mag seminggu sebelum dan sepanjang waktu period.

Kepada anda yang mempunyai bayi yang demam kuning (jaundice) di dalam pantang, digalakkan untuk mengambil OsteMatrix ini agar khasiat Vitamin D dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu. Kita disuruh jemur bayi di waktu pagi adalah untuk dapatkan Vitamin D dari cahaya matahari pagi, bukan? Namun, anda pasti sedar tentang keburukan terdedah kepada cahaya matahari pada waktu yang lama.

NutriFeron :
Lain-lain yang turut membantu menjayakan penyususan ialah NutriFeron (Shaklee powerful Immune Booster). Ianya bukanlah membantu memperbanyakkan susu, sebaliknya membantu untuk boost semula sistem imun ibu dan bayi. Jika anda menyusu, namun masih mendapati anak anda kerap demam dan berpanjangan, cubalah Shaklee NutriFeron ini. Kini turut didapati di dalam pakej percubaan - Trial Pack H, yang berharga hanya rm70 termasuk kos penghantaran.

Owh ya, setelah anda mengetahui kepentingan setiap satu supplements yang kami cadangkan, bolehlah dapatkan set penyususan ini melalui kami, mahupon pergi terus ke cawangan Shaklee berdekatan anda.

p/s: Kepada sesiapa yang berniat untuk walk in ke mana-mana cawangan shaklee untuk membeli salah satu produk di atas. Sila SMS saya ariza (0196553812) bagi membolehkan anda mendapat harga istimewa dan konsultasi berterusan dari saya tentang pengambilan suplement di atas.

Kredit to: genkimomma.net